"Pengantin baru~ Pengantin baru~ Duduk bersanding tersipu malu~." Lagu pengantin baru bermain di majlis persandingan jiranku.
Tema garden dipilih pasangan tersebut disertai dengan budak-budak kecil perempuan sebagai flower girls. Pengantin perempuan mengenakan persalinan gaun merah yang dipenuhi dengan bunga mawar. Terpaku diriku melihat gaun yang sebegitu. Pengantin lelaki yang hanya dipadankan dengan tuxedo tampak segak. "Best juga kalau wedding aku nanti macam ni." Hatiku berkata-kata lantas terukir senyuman di bibirku tanpa disedari.

"Marsya? Amboi, senyum sampai telinga! Berkenan dengan pengantin lelaki tu ke apa?" Suara lelaki 178cm itu lagi. Sejak bila dia ada di sini?
"Ha? Oh tak adalah. Cantik sangat tema diorang ni. Amazed lah." Aku membalas tanpa memandang muka mamat itu. Tidak ingin aku kembali mencari cinta lama.
"Memanglah cantik. Ni kan wedding day kita." NI KAN WEDDING DAY KITA? Sebaris ayat yang membuatkan jantungku terhenti. Keadaan seperti masa dihentikan.
"Awak merepek apa? Bagi makan kaki sa..." Tidak sempat aku menghabiskan ayat mamat 178cm yang 24 jam dengan aviator Ray Ban itu hilang dari pandanganku. Pelik. Lelaki yang berbadan agak sasa ber-tuxedo boleh hilang dalam sekelip mata. Nenek kebayan ke apa mamat ni? Gelas air dicapai dengan pantas sehingga tanganku berhenti. Aneh. Kenapa aku yang memakai gaun pengantin ini? Sejak bila aku tukar jadi pengantin pula ni?
"Ouch!" terasa ada sesuatu yang terkena kepala aku. Aku menoleh ke kanan dan ke kiri.
Cahaya silau muncul sekelip mata. Mataku dibuka dengan perlahan.
"Haish, mimpi lagi." Tidakku sangka akan mimpi tentang mamat berbadan tough seperti The Rock itu lagi sehingga terhantuk kepala di dinding.
"Haish, mimpi lagi." Tidakku sangka akan mimpi tentang mamat berbadan tough seperti The Rock itu lagi sehingga terhantuk kepala di dinding.
Aku cuba mencapai BlackBerry Storm 2 yang berada di atas side table drawer.
Jam menunjukkan pukul 12:30pm. Mimpi tengahari rupanya. Seramnya kalau kahwin dengan dia. Tak hingin aku dengan dia. Sungguh itu yang mampu aku tuturkan di dalam hati.
Langkahku perlahan diatur ke arah meja komputer dalam keadaan mamai. Sudah lama aku biarkan netbook Dell merahku dalam keadaan sleep. Button on ditekan. Laju sahaja mencari sambungan internet walaupun masih mamai. Perlahan-lahan aku duduk di atas kerusi sambil memikirkan mimpi tadi. Kenapa sekali lagi lelaki itu yang aku mimpikan? Kenapa mesti dia? Kenapa mesti pasal kahwin? Come on, I'm still young.
Aku hanya biarkan persoalan itu ditanya tanpa perlu ada jawapan. Mungkin ini hanya mainan syaitan.
Aku menaip link blogger.com untuk update ni haa, yelah ni. Aku buat cerpen lagi haa sebab aku mimpi lagi. So, terima kasih bazirkan masa ya :p Muahxo
Haha, memang best jugak buat macam ni selalu haha.
Part The Rock tu totally FICTION.
Part The Rock tu totally FICTION.
No comments:
Post a Comment